aku masih ingat lagi kata2 ayah yg terakhir kepada aku..hari khammis pagi. masa tu tgh suapkan dia mkn, dia kunyah dua kali kemudian dia tido..
puas aku asek kejut ayah..."ayah...kenapa asek tido ni???"
"ayah mengantuk nak..." lalu dipejamkan mata...selepas itu tiada lagi kata2 keluar dari mulutnya....
pagi jumaat, 23/3/2012..selesai menulis blog, pergi ke dapur..dengar kakak bercerita
--> alang mimpi ayah sebelum subuh tadi..dalam mimpi, ayah bangun dari tidur dan terus berjalan2, alang nasihatkan ayah berehat2 sebab ayah xsihat. lalu ayah jawab "aku da puas terbaring...aku nak berjalan2 pulak"
bila mendengar cerita tadi..aku jadi sebak...ya Allah..betul ke ni petanda???? ayah akan pergi buat selama2nya????
dalam 8.30pg jumaat, aku call emak..sambil kedengaran suara sayu, mak beritahu yg ayah dah separuh koma..puas pakar kejutkan ayah, tapi tiada respon..ayah mungkin akan hidup dlm beberapa jam atau hari ikut kekuatan ayah...aku terus menitik air mata....ya Allah...mimpi kakak aku mmg benar...
kami sekeluarga bergegas ke hospital...aku pada mulanya nak tidur dgn mak dia wad untuk temankan ayah mlm tadi tapi xdapat sbb aku demam panas...xtau kenapa...
ayah memang tidak sedar apa2....kami hanya mampu menangis disisinya..."ayah...ampunkan kami jika kami byk menyakitkan hati ayah.." adakah ayah boleh dengar kemaafan kami???? hanya Allah yang tahu...
setelah kami adik beradik berbincang dan diterangkan oleh pakar perubatan tentang keadaan ayah kami, kami sebulat suara untuk membiarkan ayah pergi dgn tenang...tanpa perlu CPR, tapi perlu cucuk atau wayar sana sini...kami xsanggup tengok ayah dalam kesakitan sebelum pergi menemui Ilahi. kami meminta agar ayah dipindahkan ke bilik katil single kerana saudara mara yg melawat terlalu ramai..takut2 mengganggu pesakit2 lain. ayah saya ketika itu dlm acute cubicle
proses perpindahan itu bermula dlm 7.05-7.10ptg, ye...akulah orangnya yg mencabut bekalan oksigen dari ayah semasa perpindahan itu. akhirnya ayah berhenti bernafas sejurus selepas dipindahkan ke bilik katil single kira2 pukul 710-7.15ptg, sebelum maghrib.
ayah pergi dgn tenang dgn muka tersenyum......kami hanya mampu menangis disisi ayah...sambil emak memeluk erat mayat ayah...
ya Allah..berikanlah kami kekuatan...tempatkan lah ayah kami dikalangan org2 yg beriman...amin...
2 comments:
Al-fatihah buat keluarga Dr.
semoga arwah bersama di kalangan orang beriman. amin.
takziah utk kimah sekeluarga. alfatihah.
Post a Comment