"KehIdUpAn SeOrAnG DoKtOr "
~kehidupan seorang doktor yg xtentu arah hidupnya!~
Friday, October 12, 2012
tahun 2012
aku penah bermimpi berbagai2 jenis ular berbisa kejar nak patuk aku awal tahun 2012..org ckp, hidup aku akan penuh cabaran dan berliku...
mak aku sendiri cakap tahun 2012 ni sangat lain...byk perkara yg berlaku..
dimulakan dgn arwah ayah sakit tenat dan meninggal pada 23/3/12..diikuti dgn kakak aku bersalin awal bulan 4. kemudian ayah mak aku meninggal pada awal bulan 6. kemudian aku bersalin awal, anak aku sampai skrg kuning wpon da 28hari, kemudian kene jangkitan pada kencing dia. abang sulung aku disyaki ada kanser ditulang, sudah dibedah tadi. kemudian kakak aku baru mengandung 2bln, tetapi ada tanda2 kieguguran...semua berlaku mungkin ada hikmahnya...
aku harap mak aku tabah...dia da kehilangan suami..xnak kehilangan anak2 pula
Wednesday, October 10, 2012
kuning
anak aku kan xcukup bulan...jadi sampai skrg dia masih kuning..hari ni usia dia da 26hari, makin kuat menyusu, aku yg xdpt tido. malam tadi dia meragam abes sampai setiap setengah jam dia minta susu..pengsan ibu nakkkk.
bacaan darah semalam punya da turun...dari 11.4 ke 9.7. alhamdulillah. jumaat ni kene ambil darah lagi..mata kanan pulak masih banyak taik mata. da jumpa pakar mata, da dapat antibiotik baru..
anak..semoga cepat sihat...ameeenn
Saturday, October 6, 2012
ini bukan cerita adam & hawa
bila letak nama anak adam, majoriti kata aku tiru cerita adam&hawa tu..
apa kes???? cerita tu pon aku xtgk, xtau plak ada cerita tu <--matilah, nampak sgt duk kuantan membuta je, tgk tv pon malas.
sebelum aku kawen lagi, aku mmg nak sgt2 dpt anak pertama lelaki, kedua lelaki, ketiga lelaki <--kan??? tetap nak semua lelaki kan?? bukan ape, adik beradik aku banyak perempuan. kalo dapat anak lelaki, aku mmg da niat nak letak nama adam...xtau kenapa suka sgt nama adam. padahal xterpikir pon nak letak hawa kalo dpt anak pom puan hehehhe.
mula2 scan, xnampak angry bird dia...maklumla,scan perut sendiri kikiki. masa tu da yakin da girl, siap minta gelang emas kat mak aku hihihi, pastu mak da siap2 beli baju gugurl....tapi aku gatal2 scan perut skali lagi masa 33mgu, aku nampak angry bird plak...
xpela...apa2pon, semua rejeki...syukur, alhamdulillah
tada!!!! aku nak bogelkan dia kalo boleh. yela...da 22hari, tapi masih kuning...risau jugak kalo anak aku ade masalah hati...doakan anak aku cepat swihat ye
Wednesday, October 3, 2012
lama tak update
bukan apa...internet xde kat kuantan.. xkuasa aku nak broadband2 bagai, duduk tepi hutan, xdapat line.
alhamdulillah..aku selamat melahirkan seorang baby boy pada 15 sept, 0655. bersalin normal...ya Allah..syukur dapat merasa nikmat bersalin normal. sakit susah nak cerita..kalau dulu masa kerja di labour room, boleh nasihata bagai pada mak2 supaya tahan sakit, jgn jerit2. bila kene batang hidung sendiri, hazab ok...hahahaha..tapi xdelah menjerit2 bagai...cuma asek ckp.."saya mnak berak...saya nak berak..da xtahan". bila difikir2kan balik, mmg sgt lawak reaksi aku masa tu hehehehe.
owh..baby aku xcukup bulan..hanya 35mgu. mulanya aku pecah air mentuban pada 9 sept.mungkin disebabkan terlampau buat kerja2 berat sempena pangkalan aku nak dapat 5s bagai...panjat sana sini, sental sana sini, hias sana sini, marah2 sana sini, opssss<--matilah nak salahkan panglima dan CO aku sebenarnya sbb paksa aku buat 5S bagai, larikkk...tapi jalan xbuka, masa tu masih 34mgu, air mata aku da berjurai2 risau, anak xmatang lagi..lepas tu aku duduk sorang2 kat umah.terpaksa ketuk umah sebelah malam2 buta minta hantar ke hosp...
atas nasihat pakar,aku perlu dipantau dalam wad dan aku akan dipaksa bersalin pada 37mgu jika tiada apa2 masalah yg timbul. kehendak tuhan, pada 14 sept,aku demam tinggi secara tiba2, jantung baby sgt laju hingga mencecah 200 lebih. semua staff kelam kabut jadinya..aku da ada symptom chorioamnionitis. doktor yg review aku kata aku perlu dibedah segera, sentap nak oiiii...anak pertama nak kene cesear, aku xmau!!!!.
aku dihantar ke labour room untuk observation. bertekak gak dgn doktor kat situ sebab aku refuse utk dibedah, aku kan degil..hihihi. pakar datang nasihat bagai supaya bedah, aku tetap dgn pendirian aku. "TAK NAK!". alhamdulillah setelah bertekak, aku diberi peluang 30min untuk berfikir sambil check jantung anak. jika masih laju, aku tetap akan dibedah. dari MO sampai ke pakar, semua kata aku xde harapan bersalin normal, tetap kene bedah. stressssss sgt2 ok!!!
kuasa Allah, alhamdulillah, jantung baby semakin stabil dalam 150-160 dan aku dipaksa bersalin normal...syukur sgt2...alhamdulillah...tapi kene masuk ubat air (pitocin), kesan dia sgt hazab!!! contraction 4-5kali...hanya mampu menangis dan terus menangis sambil menjerit jugak...sakit wooooo...<--padan muka, sape suruh refuse ubat tahan sakit sebelum start pitocin tu???
dalam 2jam setelah start ubat, aku selamat bersalin adam irfan...syukur...syukur...sedih bercampur gembira...macam2 aku lalui...hanya boleh tengok anu anak dan cium pipi, xdpt pegang..anak aku terus dilarikan ke SCN@nursery@skolah bayi2 hehehehe. baby susah bernafas ketika lahir...jangkitan pada paru2. sekarang...baby masih xsihat..walaupun da 19hari, kuning dia masih turun naik...owh ye...aku 2mgu dalam wad jaga adam...
doakan anak aku sihat cepat...risau sgt2
Subscribe to:
Posts (Atom)
