"KehIdUpAn SeOrAnG DoKtOr "

~kehidupan seorang doktor yg xtentu arah hidupnya!~

Sunday, October 9, 2011

latihan medan

sambung cerita okeyyy...sbb kejap lagi nak masuk kem semula, insyaAllah lagi 2minggu lagi kursus MODO nak abes

latihan medan di batu kurau,taiping dari isnin hingga jumaat..

sampai sana hampir pukul 5, setelah taklimat, dibahagikan kepada 3kump (setiap kump 10org),angkat2 barang, kami dapat base utk pasang hammock dan ponco dalam pukul 6 ptg. kami diarahkan utk siap pasang semuanya pada 8mlm, dan masak malam sekali menggunakan rangsum tempur

berpeluh2 ok!!!! kayu kene potong2, kene ketuk2, hammock kene ikat kuat2. kene pasang 10hammock. sgt2 letih!!!! baju basah kuyup dengan peluh. pacat sana sini menari2 riang. segala semak samun kene tebas, pokok2 kene tebang utk buat base.

yup, pukul 8mlm tiba, kami masih xdapat siapkn hammock. aktiviti bermula...abes aktiviti dlm 12mlm, sambung pasang hammock dan diarahkn utk gali kubu. kami sgt2 keletihan!!! ditambah2 lagi ada ahli kumpulan yg pemalas!! geram ok!!!


akhir sekali, kami tertido keletihan dalam kubu pukul 4pg, pukul 5pg kami diserang dgn letupan bom, semua perlu bersembunyi dikubu masing2. alhamdulillah..kump aku dipuji kerana kami saja mempunyai kubu yg siap....alhamdulillah..jadi kami xdidenda. kumpulan lain didenda pagi2 tu jugak direndam dalam sungai dgn baju2 loreng dan boot masing2..


esoknya..kami diarahkn pasang khemah dan setup barang2 dlm khemah utk hospital hadapan...secara keseluruhan,kami dijadikan kuli sebenarnya...buat itu ini..semua da terbaring dipadang kepenatan...kesimpulannya, latihan medan ni..kami belajar apa fungsi2 kor kesihatan diraja dikala perang...dalam pembinaan hospital hadapan dan bagaimana hospital hadapan berfungsi...nati aku cerita lagi apa itu CAP, RAP, upk, HOSPITAL HADAPAN, HOSPITAL MEDAN, BASE HOSPITAL

ada jugak aktiviti burung hantu, aku ni da la penakut. sepanjang kene duduk tempat gelap tu, habis semua surah aku baca ok!!! dengan dikelilingi pokok2 pisang, seram aku.....tiba2 aku dengar ada org batuk2 dihujung kiri dan kanan aku, lega!!!! terus aku tido sebab aku tau ada kawan2 dihujung kiri dan kanan aku hahahaha


xlupa..sepanjang dihutan tu, kami mandi sungai pagi dan petang hehehehe...dgn berkemban, wow...mcm zaman dulu2 pulak rasanya..pacat usah la cerita...pasrah aje serahkn badan kepada pacat ahhahahahaha

paling geram, sekali lagi base kami diserang, kami didenda dgn perlu membuka semua ponco dan hammock serta cabut semua kayu2 yg telah dipasak ke tanah. masa tu menyumpah2 dalam hati...yela...nak memasang semua tu da la amek masa lebih 6jam..pastu kene dera lagi bukak semua..mmg menangis masa tu..penatnya hanya Allah yg tau.. nak dijadikan tambah malang, sejurus aje aku bukak hammock dan ponco, hujan turun dengan lebat!!!! aku kuyup kebasahan...ya Allah..masa tu mmg sgt2 sedih...esok petangnya,kami diarahkn pasang semula hammock dan ponco..


kesimpulannya...mmg sgt letih...kaki aku tak bernafas..hampir 24jam 5ari kami memakai spike boot...tidur pon sama...cuma mandi aje bukak sekejap...


syukur alhamdulillah latihan medan da berakhir...


2mingguni,kami ada latihan kawad pulak...bersedia utk menjadi dayang senandung dikala perkahwinan aku da nak sampai ni...!!! uwaaaaa

3 comments:

Yenyen said...

fighting kak kimah!!chayok2

republic of CENDOL said...

wow....cam bez jew......
teringin nak try....
tp bile pikir balik...
berat woo workload dia......
chayok2...kak kimah

h@ck3r said...

eheheheh..keep posting.. keep rocking!