"KehIdUpAn SeOrAnG DoKtOr "

~kehidupan seorang doktor yg xtentu arah hidupnya!~

Wednesday, July 7, 2010

benci tau

aku cukup xpaham...xkan la sebab benda2 kecik pakar dept aku ni extend HO 1, dan HO 2 tu???? pelik sgtsss...

sgt takut...diorg ni manis muka kt depan, tapi belakang kita kutuk2 sgtss ok!!!


sbb xsuka kita, dia suka2 nk extend posting kita xkira kalo kita rajin buat kerja mcm mana pon...

nasib...nasib...


kene doa byk2 ni...aku exam isnin mgu depan...ke mula baca buku. skrg hari2 tido dari petang bwk ke pagi. yela..org bosan xde housemate

2 comments:

C L J said...

Wahai anak... Ketahuilah bahawa hidup ini adalah terpulang kepada bagaimana ia diatur. Maka siapa yang diberi hak mengaturnya adalah menjadi kuasa menentukan.

Kita yang dibawah pimpinannya adalah diwajibkan untuk patuh padanya bermakna kena setia juga kita. Setia itu bermakna hormat pada nya. Bernama pemimpin adalah hajatnya yang jelas padanya walau kita masih gagal faham akan dia.

Kita juga dilarang dari berburuk sangka. Maka berbaik sangkalah terhadap yang telah dilantik menjadi pemimpin dikalangan kamu. Cubalah mengelak dari melihat dari sudut pandangan yang tidak sihat.

Muhasabah diri adalah terhadap diri sendiri; bukan terhadap orang lain. Maka kerja kita adalah ikhlas pada peringkat hati budi kita sendiri.

Cuma kita kena semak juga tahap keikhlasan itu dengan ukuran sudah berjayakah kita melihat kehendak hajat pemimpin itu dari sudut perspektifnya, atau masih gagal kita nempak hikmah atau rahsianya. Demikianlah kerja kita dengan hati yang sebenarnya ikhlas pada bijaksana dianugerah terurus dengan bertanggongjawab.

Masaalah ketulusan dan kejujuran pihak lain bukanlah tanggongjawab kita. Itu tanggongjawab dia. Biarlah dia yang menanggong beban dosanya kalau dia sebenarnya tidak ikhlah dengan tanggongjawab itu. Yang penting bagi kita ialah semaklah hati budi diri kita.

Rezki itu sebenarnya adalah dari Allah jua.
Yakinlah.
Inshaallah.
Wallhuakllam.

Anonymous said...

like the comment above. ^_^
tersedar dalam nyata..
thanks...