"KehIdUpAn SeOrAnG DoKtOr "

~kehidupan seorang doktor yg xtentu arah hidupnya!~

Sunday, January 4, 2009

AkU BeGiTu SeMpURnA~~

kisah pertama:
masa posting surgery. aku interview seorg lelaki india, lingkungan 40an. dia terlibat dgn kemalangan 9thn lepas yg menyebabkn kecederaan otak dan pendarahan dlm otak. sblm kemalangan, dia seorg yg berkerjaya, kaya dan berkeluarga dgn seorg anak perempuan. bekerja sbgai technician kapal terbang dan kerap ke luar negara. (gaji sebulan dlm rm5000). sgt menyayangi keluarga.. seorg yg sgt pemurah, slalu membantu keluarga, bg pinjam duit, beri buah tgn lepas balik dri luar negara dan macam2 lagi.

disebabkn kemalangn, dia hilang kerjaya malah keluarga. sebahagian tengkoraknya tlh dibuang, dibahagian dahi menyebabkn muka dia sgt2 pelik dan menakutkn. isterinya lari dgn lelaki lain bawak skali anak dia. keluarga dia xdpt trima dia sbb dia jd miskin kerana dibuang kerja. org xnk amek dia kerja sbb muka dia yg menakutkn wpon dia da tegaskn berkali2 yg skill dia masih ade... dia masih blh buat kerja seperti biasa. yup..mereka terlalu pandang rupa. keluarga yg dia syg, m'hina dia.. buang keluarga malah tidak diakui sbgi anak mahupon abang dlm keluarga.

rumah tiada, tp adik lelaki dia yg kaya (adik dia pon benci dia, tp agak sedikit baik berbanding yg lain) dia sudi trima dia utk tinggal dirumahnya. bukan!! bukan dpt tinggal dlm rumah adiknya.. tp dia dipaksa tuk tido hanya di car porch setiap hari beralaskn kotak, tidak diberi mkn, diperlaku sebagai pembantu rumah di rumah adiknya sendiri!! disebabkn adiknya kaya, dia xdiakui sebagai abang, malu dgn abg nya sendiri yg dulu byk membantu dia. tetamu dtg, bertanya siapa dia? "owh..itu org gaji kami". tanpa diberi mkn nasi.. tp isteri adiknya baik, curi2 bg dia mkn, tp hanya leh bagi biskut saje.. dan kadang2 memberi wang saku sebanyak rm2, yup rm2 saje.

sbb kemalangn dia hilang segala2nya.. disebabkn muka dia yg menakutkn, dia sering kene baling batu dgn budak2, dimarahi jiran tetangga kerana menakutkn anak2 mereka malah diejek2 oleh jiran tertangga. sampaikn dia terpaksa pakai topi dgn menutup bahagian dahi yg teruk dgn rambut bg elakkn dia diejek dan dibaling batu. bape kali mintak keje, tp org xnak sbb muka dia. dia hanya kerja sambilan dgn potong rumput rumah org, pendapatan dia adela dlm rm10 sehari.. duit itula dia guna utk beli mknn. tp dia tetap truskn hidup dia.. dia nk sgt jumpa anaknya.. dia sentiasa berdoa utk tabah.. sampaikn dia kate, teruknya dia diperlakukn sampaikn xleh menangis lagi, dan dia tetap terus bersabar.

disebabkn kemalangan kecederaan otaknya, dia kerap kene sawan. dan dia masuk hosp ketika tu sbb sawan. selepas dpt rawatan, pihak hosp telefon adiknya supaya ambil dia balik. tapi adik laki dia xambil2 sampai seminggu. sampaikn terpaksa ugut utk hubungi polis kalo dia xnak amek abgnya. yup..berminggu2 tunggu, adik dia tetap xmuncul2. dan pesakit itu berkata dgn sy sambil mengeluarkn duit rm10 dri poket dia. "adik...tgk..sy ada duit.. sy boleh balik sendiri ke rumah..tp, adik sy xnak trima sy lagi.." <-- aku betul2 sayu...

sekarang.. dia dibawah tanggungan jabatan kebajikan.. aku xtau ape jadi kt dia sekarang.


kisah kedua:
wad orthopedic. seorg lelaki cina jatuh dri pokok kelapa kerana nk amek kelapa muda. gf dia ketika tu nk sgt minum air kelapa muda.. jdi suruh pesakit ni panjat pokok kelapa. tp malang xberbau, dia hilang kwln dan terjatuh. tulang belakang dia cedera, dan dia lumpuh kedua2 kaki dan xdpt mengawal kencing dan berak. disebabkn kecacatan dia, gf dia larikn diri.. dan sampai sekarang dia hidup sendiri.. tp dia tetap hepi dgn keadaan dia.. masih boleh bergurau senda dan sgt2 ramah. dia trima saje takdir dia.. dia kaya ok, ape heran kalo org tinggalkn dia hahaha..


kisah ketiga:
seorg lelaki terlibat dgn kemalangan. urat saraf utk tangan kirinya tercedera (brachial plexus injury) menyebabkn tgn kiri dia lumpuh. tiada pembedahan yg boleh elokkn semula tgn dia.. beberapa pembedahn dibuat agar tgn dia sekurang2nya mempunyai sedikit pergerakn boleh dibuat. tetapi lelaki tu sentiasa mengharapkn agar tgn dia boleh sembuh seperti biasa.. dia sgt2 mengharap.. nk pakai baju pon da susah. camne dia nk cebok ek??? bayangkn...


~ni belom cite mereka yg kene potong kaki.. ibu jari xde..mcm2 lagi. mereka ni sume nikmat hidup mereka ditarik secara tiba2.. tp mereka masih blh trima takdir. bila pk2 balik... aku sedar, aku seorg yg sempurna, aku patut bersyukur. selama ni aku slalu merungut mengatakn aku ni xlawa, xcantik jadi xde lelaki yg suka. hidung aku kembang, jeles dgn mereka berhidung mancung. aku gemok.. terasa tgk org yg kurus.. badan aku xde bentuk, straight macam badan lelaki.<-- mybe perasaan sendiri je tu hahaha.

aku slalu pertikaikn kejadian Allah.. berdosanya aku.. aku terlalu nk kesempurnaan. tp sebenarnya, aku da sempurna... aku da cukup segala2nya... aku xdpt bygkn tiba2 Allah tarik sume tu...

syukur Alhamdulillah... aku masih insan yg sempurna hingga kini... tp perlu lagi tuk tingkatkn kesempurnaan Iman.. usaha2!!!!

2 comments:

fuad ansari said...

Tidaklah Allah uji seseorang hamba itu melainkan Allah ingin memberi kebaikan dan menghapuskan dosa2nya jika dia redha.. (",)

kimot said...

betul...